New Page 1
 
Top Strategies to Unleash Your C
 

PETIKAN BERITA HARIAN Ekstra! : 7 Ogos 2007

   
 
PANDUAN
KELUARAN KHAS LEARNING DISCOVERIES


TEMPOH PERKEMBANGAN TERPENTING ANAK ANDA
RAMAI yang tidak sedar bahawa tempoh antara saat kelahiran anak anda dan ketika dia menjangkau usia enam tahun adalah antara yang terpenting dalam perkembangan hidup anak anda itu.

Oleh itu, anak anda perlu dibesarkan dalam suasana yang sesuai untuk menggalakkan perkembangan mindanya.

Mereka harus diberi peluang untuk belajar dan mengembangkan pemikiran mengikut tahap kebolehan mereka sendiri. Kita, sebagai pendidik dan ibu bapa, harus sedar bahawa kanak-kanak lebih responsif terhadap cara pendidikan yang tidak terlalu 'memimpin tangan' mereka.

Sesungguhnya, kanak-kanak adalah 'pelajar aktif' yang mampu mempelajari sesuatu tanpa banyak tunjuk ajar ibu bapa. Mereka mempunyai tenaga membina dan kuasa untuk berkembang yang perlu disemai bagi mencungkil potensi kanak-kanak itu yang sebenar.

Sungguhpun begitu, kita tetap mempunyai peranan penting dalam perkembangan anak-anak kita. Kita perlu mengubah pendekatan terhadap pendidikan mereka. Usahlah kita menumpukan perhatian kepada kesilapan yang telah dibuat anak-anak kita. Sebaliknya, fokus harus diberikan kepada setiap perkara positif yang telah dilaksanakannya.

Sememangnya, antara anugerah paling berharga yang boleh kita berikan kepada anak-anak ialah nikmat pendidikan.
   
 
  New Page 1

Home | About us | Schedule | Events | Free Resources  | Careers | Contact us

Web Site Design by TechS